Adakah anda secara tidak sedar berkongsi rumah anda dengan ratusan tetamu yang tidak diingini?
Pilih Pakej Pest Control Anda
Recommendation berdasarkan permasalah di rumah anda.
Kutu Kucing
Adakah haiwan peliharaan anda menggaru lebih dari biasa? Adakah terdapat bintik hitam kecil (kotoran kutu) pada bulu atau katil haiwan kesayangan anda?
Spraying dan misting proses perlu dijalankan 3 kali dalam masa 14 hari untuk memastikan keseluruhan kitaran hidup kutu kucing dimusnahkan (RM1500).
Pepijat
Adakah anda mempunyai gigitan pepijat katil? Gigitan pepijat biasanya kelihatan merah, gatal-gatal dalam barisan atau kelompok, selalunya di bahagian kulit yang terdedah.
Spraying dan misting proses perlu dijalankan 3 kali dalam masa 14 hari untuk memastikan keseluruhan kitaran hidup pepijat dimusnahkan (RM1500)
BAGAIMANA WARRANTY KAMI BERFUNGSI?
FREE SESSION
Dalam tempoh 'warranty', jika masih ada serangga yang dinyatakan seperti diatas (tangkap gambar & video serangga yang masih aktif) dan maklumkan terus kepada kami.
Kami akan datang dan servis secara percuma
Warranty bermula selepas 3 kali servis selesai
Nomobug Pilihan Restoran & Dapur Rumah Anda
Bagaimana kaedah yang dijalankan?
SPRAYING & MISTING
SPRAYING
Kami akan menyembur bahan kimia yang tidak bertoksik dan tidak beracun di seluruh kawasan yang mempunyai kutu kucing atau pepijat
MISTING
Proses misting akan dilakukan di seluruh rumah untuk memastikan kutu kucing atau pepijat yang tersembunyi, akan disembur oleh ubat kami
Selamat digunakan
Tidak berbahaya kepada wanita mengandung, bayi dan haiwan peliharaan
APA KATA PELANGGAN KAMI
TEMPAHAN ATAS TALIAN
Macam mana nak beli servis pest control (lipas,semut dan lipas) secara atas talian?
- Pilih Pakej Anda
- Isi Details dan Pembayaran
- Pilih tarikh & masa pilihan anda
HUBUNGI KAMI
FAQ
Berapa harga rawatan kutu kucing dan pepijat di KL dan Selangor?
Kedua-dua pakej Kutu Kucing dan Pepijat berharga RM1,500 setiap satu. Setiap pakej termasuk 3 sesi rawatan dalam masa 14 hari menggunakan kaedah Spraying dan Misting, serta warranty 1 tahun. Tiada caj pengangkutan untuk kawasan Klang Valley.
Kenapa rawatan perlu dilakukan 3 kali dalam masa 14 hari?
Kutu kucing dan pepijat mempunyai kitaran hidup yang kompleks — telur dan larva tersembunyi di celah-celah, karpet, dan tilam tidak akan mati dengan 1 sesi sahaja. 3 sesi dalam masa 14 hari memastikan keseluruhan kitaran hidup parasit dimusnahkan, termasuk telur yang baru menetas antara sesi rawatan.
Apa tanda-tanda rumah saya ada kutu kucing?
Tanda utama kutu kucing: haiwan peliharaan anda menggaru lebih dari biasa, terdapat bintik hitam kecil (kotoran kutu) pada bulu atau katil haiwan kesayangan anda, atau anda sendiri mendapat gigitan gatal di bahagian buku lali dan kaki. Kutu kucing boleh wujud di rumah walaupun tanpa haiwan peliharaan jika penyewa atau pemilik rumah sebelum ini ada kucing.
Apa tanda-tanda saya ada pepijat (bedbug) di rumah?
Gigitan pepijat biasanya kelihatan merah dan gatal-gatal dalam barisan atau kelompok, selalunya di bahagian kulit yang terdedah semasa tidur seperti tangan, leher, dan kaki. Tanda lain: bintik darah kecil pada cadar, bau hapak yang tidak biasa di kawasan katil, atau kesan perang kecil di kelim tilam dan rangka katil.
Adakah bahan kimia rawatan selamat untuk haiwan peliharaan, bayi dan wanita mengandung?
Ya. Kami menggunakan bahan kimia yang tidak bertoksik dan tidak beracun. Rawatan selamat digunakan di rumah yang ada haiwan peliharaan, bayi, dan wanita mengandung. Beritahu kami semasa tempahan jika ada keperluan khas dan kami akan pastikan kaedah yang digunakan sesuai untuk keadaan rumah anda.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk setiap sesi rawatan?
Setiap sesi Spraying dan Misting mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam bergantung kepada saiz rumah. Proses Misting akan dilakukan di seluruh rumah untuk memastikan kutu kucing atau pepijat yang tersembunyi di celah-celah dan sudut rumah turut terkena rawatan.
Bagaimana cara untuk tempah rawatan kutu kucing atau pepijat?
Tempahan adalah 100% atas talian melalui WhatsApp. Hubungi kami di +60166230377, beritahu jenis masalah (kutu kucing atau pepijat) dan alamat anda. Kami akan sahkan tarikh sesi pertama. Operasi kami Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 7 malam.